。◕‿◕。nuradilah。◕‿◕。 BloG YanG Senget: April 2013
selamat datang kepada uda dan dara chumel dan hensem cute and miut..meh2 lah usha2 blog saya..meby ader yang boleh dikongsi bersama awok.:)

Ahad, 28 April 2013

Memasak kuih cara


bangun pagi2 buat kuih niyh,,,
kowang nak belajar resepi meh Dila nak tunjok kan.:)


Bahan-bahan ( dalam 12 biji )

  • 100gm tepung
  • 200ml santan sederhana pekat/susu segar
  • 1 sudu besar jus pandan
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • gula sebagai inti

Cara-cara

  1. Campurkan tepung, santan, telur dan garam. Kacau rata. Kemudian masukkan jus pandan dan pewarna hijau sedikit. Jika terlalu berketul, tapis.
  2. Panaskan acuan, lengser ngan minyak. Masukkan adunan tepung, biar sekejap, masukkan 1/2 sudu teh gula atas setiap satu kuih dan tutup acuan sebentar.
  3. Pastikan api kecil supaya kuih tidak hangus, sbb kuih ni cepat masak, dalam 1-2 minit aje..



    Dah selesai dan boleh dihidang kan,,nyumm.:)
    okke,nanti resepi lain pulak yerrr.:)

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Perihal LELAKI vs WANITA




1. Jika lelaki menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi penyebabnya.

2. Apabila lelaki menyendiri, kita boleh simpulkan dia sedang tertekan, berbeza dengan anda, dalam keadaan tertekanlah segala rahsia akan diceritakan. 

3. Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak.
Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.

4. Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah ‘gatal-gatal’ sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan ‘tempoh bertenang’ sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam-kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.

5. Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga?

7. Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.

8. Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.

9. Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.

10. Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf. Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.

11. Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas. Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.

12. Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.

13. Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya seorang wanita dengan seorang lelaki. Tidakkah anda setuju jika dikatakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?

14. Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan , lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Bila lelaki merajuk.:)



Lelaki juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan . Diakui mereka jarang merajuk dan sentiasa menerima kerenah anda seadanya . Kan ? Tetapi bila kerenah anda melampaui batas , mereka mula berjauh hati . Jangan abaikan perasaan mereka . Ambil tahu apa yang anda perlu lakukan untuk memujuk hati si dia yang sedang rajuk.




Beri masa bersendirian
Apabila lelaki kesayangan anda merajuk , mereka memerlukan masa untuk menenangkan fikiran. Jangan sangka perselisihan faham antara kalian hanya memberi kesan kepada anda sahaja. Kebiasaannya, mereka lebih banyak mendiamkan diri. Jangan diganggu dan beri mereka peluang untuk berehat daripada bebelan anda.


Sentiasa beri sokongan
Bila lelaki melayan rajuk, mereka tidak mengendahkan anda sebagai tanda protes. Jika dia sedang menonton rancangan televisyen kegemarannya, duduk dan temannya tanpa berbicara sepatah pun. Walau tiada komunikasi antara anda, dia tahu anda tetap kekal di sisi walau apa juga berlaku.


Jangan tanya perasaannya
Elak bertanya apa yang dia rasa kerana anda tahu dia sedang marah dan merajuk. Jangan buat si dia rasa jengkel dengan sikap sambil lewa anda.


Buang ego wanitamu
Bukan lelaki sahaja mempunyai ego, wanita juga punya rasa angkuh yang sama. Namun, tidak salah sekali sekala anda buang rasa itu demi si dia tersayang. Jika terlalu lama rajuknya, ucapkan maaf dan kucup mesra tangannya. (bagi yang berumahtangga) . Bertolak ansur itu kunci kejayaan sesebuah hubungan.


Buat kejutan sempurna
Jika wanita merajuk, lelaki sering menghadiahkan jambangan bunga bagi merawat hati nan lara. Apa kata anda lakukan perkara yang sama. Hadiahkannya coklat atau undang makan malam romantis dengan hidangan yang dimasak khas untuk si dia.


Tahu masa yang tepat
Sebaik sahaja berjaya mendapatkan senyumannya kembali, duduk berbincang dalam keadaan yang tenang mengenai perselisihan faham tersebut. Jangan biarkan persoalan dibiarkan tergantung begitu sahaja. Berbincang dengan baik dan cuba selesaikan masalah bersama-sama.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

10 Situasi Lelaki Yang Wanita Harus Fahami!!



 


Oh yey . Nak share lagi pasal lelaki . hope tak de yang muak nak baca . haha . heh . heh . anda perempuan , mesti ada yang tak berapa nak faham dengan perangai lelaki kan ? Maybe . Mostly la . Tapi actually , perempuan lebih banyak faham lelaki . Lelaki susah nak faham perempuan sebenarnya . Perempuan memang banyak kerenah and kadang tu mesti lelaki pun ada yang naik menyampah dengan perempuan2 ni kan ? huahua . 

Apa-apa pun wahai kaum Hawa , jom kita baca entry mengenai 10 situasi lelaki yang korang harus faham . yea .. Harus faham .. untuk mengelakkan terputusnya hubungan di tengah jalan . haha . Jom baca :

 
1. Bila si dia sibuk...
Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

2. Bila si dia ego
..
Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah untuk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan. 

3. Bila si dia romantik
...
Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jangan lupa selit sekali perancangan untuk masa depan bersama.

4. Bila si dia panas baran
...
Jangan buat sesuatu yang boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat
...
Jangan mengadu perkara ataupun bercerita tentang hal yang remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yang secukupnya dan jangan memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri
...
Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jangan lupa untuk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong
...
Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Untuk itu, kamu perlu berkata padanya untuk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba.
..
Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yang selamba ini selalunya ingin kita yang memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana untuk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang
...
Jangan tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul
...
Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat  ...


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

8 Fakta Sebenar LELAKI Tentang Memasak.:)



Hey you guys . Mesti ada yang tertarik untuk baca entry ni kan ? Mengenai LELAKI ataupun PEREMPUAN merupakan isu yang akan menyebab mereka akan singgah sebentar terutamanya bagi golongan Remaja . Tapi tak salah pun kalau kita nak kenal siapa lelaki dan siapa perempuan . 

Dalam entry ni Dilla nak kongsikan 8 fakta lelaki tentang memasak . Jom..Jom baca !Adakah My future dilla boleh memasak..ofcourse ler,,hihihihihi:)

Ok . Dah .. Dah .. Jom baca ^^




 




•  99.9% lelaki amat pandai masak kari . Tapi meggi kari jerrrr laaa.

•  Lelaki kadang-kadang memang suka memasak . Tapi amat malas nak
basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk …

•  Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah … bukan
main bising lagi.

•  Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju … pastu,
sambil isap rokok plak…

•  Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur
goreng dan juga sardin
. Tak ketinggalan jugak kicap masin

•  Jika seorang lelaki yang rajin memasak , anda akan dapati gas
masakan akan cepat habis , kerana lelaki memasak selalunya guna
api yg kuat 
… cepat sikit masak. haha.

•  Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah
satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang
tersendiri…

•  Dan lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak
oleh seorang lelaki..tetapi peng’komplen’ nombor satu jika
makanan itu di masak oleh wanita..

Antara sebab sebab lelaki memasak:
• Malas nak pegi kedai
• Hampir hampir pokai
• Nak menghabiskan stock makanan yang dah nak expired
• Mental theraphy
• Konon konon nak practice…nanti buleh amik hati pasangan
• Buang tebiat…

Walaupun begitu , chef chef terkemuka dunia masih terdiri daripada kaum lelaki..

betul tak ?? haha (!) 


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

♥ 9 Sebab Hubungan Tidak Mampu Bertahan







1. Menipu

Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sesebuah perhubungan . Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat . Ada yang menipu untuk "menyelamatkansesebuah perhubungan. Namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka . Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan .

2. Harapan/Kebebasan

Ada psangan yang meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah merka bergantung penuh kepada pasangan . Ada lelaki yang menyukai hal ini tetapi ada jugak sebaliknya Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan . Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan , tetapi dikongkong . Hal-hal beginilah yang membuatkan perhubungan tersekat . 

3. Terlalu memikirkan aspek perkahwinan

Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis . Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami . Bila semua ini ada baruah perhubungan boleh sampai ke peringkat yang lebih serius . Tapi sesetengah wanita , baru sahaja berkenalan terus sahaja berharap akan berakhir dengan perkahwinan . Mereka takut jika perhubungan yang dijalinkan sia-sia sahaja . Jadi , kalau timbul konflik ini , perhubungan boleh menjadi putus.

4. Mengungkit hal yang lalu 

Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengugkit hal-hal yang lepas . Apatah lagi jika mengunkit akan kekasih lama . Belajarlah dari kesilapan , jangan mengunkitkan kisah lalu jika kamu sayangkan perhubungan . Yang lepas tu biarlah berlalu dan jangan dikenang kembali .

5. Berbeza pendapat

Dalam menjalin sebuah perhubungan , perbezaan pendapat memang sering terjadi . Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan  hal-hal inilah yang akan membuatkan pasangan sering berbalah . Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan . Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan . 

6. Status yang tinggi

Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan . Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri . Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka sahaja . Yang si dia tu hebat sangat ke ? hm .

7. Hal-Hal yang menyakitkan hati

Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati . Malah sanggup melakukan hal-hal yang bodoh semata-mata mahu menyakitkan hati orang lain . Jadi kalau inilah yang terjadi , hubungan kamu pasti tidak akan bertahan lama . Lebih teruk jika tidak ada "chemistry" antara kamu dan si dia . 

8. Kehidupan yang sangat mendesak

Ada sesetengah pasangan yang memang suka menyusahkan pasangannya . Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakitkan hati kekasihnya . Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalnya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik .

9. Kawan-kawan dan keluarga

Tidak mustahil kawan-kawan dan keluarga juga membuatkan sesebuah perhubungan menjadi tidak stabil . Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan . Jangan salah sangka . Orang yang kamu sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarga tidak menyukainya . Restu keluarga itu sangat penting dalam sesebuah perhubungan .


p/s : re-type back form "Majalah Remaja" ♥ huhu :)
*rajin tak saya ? XD

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

♥ Bila Kata-Kata " I LOVE YOU " Sesuai Diluahkan ??





 Sering tiga perkataan penuh mendalam ini diluahkan kala bibit cinta memenuhi suasana namun kadang kala kata-kata cinta itu sudah jemu didengari akibat terlalu kerap diluahkan! Jadi, bila masa yang sesuai untuk membisikkan kata ‘I Love You’ agar ia bukan sekadar perkataan biasa?

Jom teliti dan hayati setiap point yang diberi ! :P
 

♥ Si dia menjagamu ketika sakit

Melihat keadaanmu yang tidak bermaya, si dia kerap bertanyakan khabarmu dan memasakkan hidangan yang mampu memberikan kelegaan. Atau si dia sanggup berjaga di sisi untuk memastikan anda ‘okay’, ini adalah saat terbaik untuk meluahkan, “Sayang, terima kasih. I love you,”.

♥ Meminta pendapat dan nasihat darimu

Membuat keputusan seperti memilih kereta untuk dimiliki, mengenalpasti lokasi untuk membeli rumah atau perihal kerjaya untuk diterajui adalah antara keputusan paling penting dalam hidup. Jika si dia bertanyakan hal ini kepada anda, ini menandakan anda sangat dicintai.

♥ Si dia menghargaimu

Kehadiranmu dalam hidupnya membuatkan si dia berasa bangga dan tidak malu untuk menceritakan tentang kebaikan dan kejayaanmu kepada anggota keluarga dan rakan-rakannya tanpa rasa ragu-ragu. Keadaan ini membuktikan si dia amat menghargai hubungan bersamamu.

♥ Anda dilayan dengan begitu istimewa

Pergaduhan baru sahaja melanda dan anda mula merajuk. Selang beberapa ketika, si dia muncul di hadapan pintu dengan membawa makanan kegemaranmu. Atau si kekasih membelikanmu sekuntum bunga kala ‘date’ mahupun sempena ulangtahun hubungan anda bersamanya, ini masanya untuk anda luahkan perkataan magis itu.

♥ Si dia sentiasa gembira kala anda bersamanya

Kegembiraan yang sering terpancar pada wajahnya termasuk ekspresinya yang tersenyum, tertawa dan ‘mood’ yang baik jelas menunjukkan si dia selesa dan menghargai kehadiranmu dalam hidupnya. Petanda lebih baik, jika si dia lebih gemar berdamping denganmu berbanding rakan-rakannya.



Tidakkah ini masa paling hebat untuk anda luahkan, “I love you,”? Kannn ? ^_^v

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tips : Cara Mengatasi Pasangan Yang Sedang Marah



Dalam membina perhubungan yang sempurna bukanlah mudah. Ada naik turunnya. Bergaduh dan bermasam muka sudah jadi perkara normal bagi pasangan bercinta. Tetapi, apa perkara yang sepatutnya dilakukan jika pasanganmu sedang marah? Hanya berdiam diri tanpa melakukan apa-apa? Ambillah langkah-langkah sewajarnya bagi menjaga hubungan baik.


 



1. Beri ruang
Pabila pasanganmu sedang marah atau berdiam diri tanpa memberi sebab , perkara yang terbaik adalah dengan memberi ruang kepadanya untuk menenangkan diri . Jangan bertanyakan soalan bertubi-tubi ! Kerana ia akan menimbulkan lagi kemarahannya. Faham tu ??


2. Bertanyakan apa yang menganggu fikiran
Setelah segalanya reda , ambillah masa untuk bertanya kepada pasanganmu mengenai punca kemarahan . Komunikasi adalah penting ! Dengarlah segala luahannya tanpa membantah. Mendengar adalah kunci utama dalam berkomunikasi . Jadilah pendengar yang baik. Pasti si dia akan berasa lega setelah meluahkan segala perasaan yang terbuku di hati.


3. Api amarah jangan dibalas dengan api
Api dibalas dengan api sudah pasti membara jadinya ! Walau bagaimana marah sekali pun si dia , janganlah dibalas dengan perasaan marah . Perkara terbaik yang patut dilakukan adalah sabar, sabar dan sabar !! Itulah perkara penting dalam membina perhubungan yang abadi. Percayalah, jika si dia melihat kamu bersabar dengan kerenahnya , pasti hatinya akan jadi lembut walaupun sedikit.


4. Layan dengan baik
Perasaan sejuk akan timbul sekiranya melayan pasanganmu dengan baik. Tunjukkan rasa prihatin dan kasih sayang terhadapnya. Pelbagai perkara 'non-verbal' boleh dilakukan untuk memujuk hati si dia . Antaranya, hiburkan hatinya dengan lawak jenaka atau sesuatu perkara romantis yang boleh mengembalikan senyumannya.


5. Mengaku kesalahan anda jika berbuat salah
Jika anda melakukan kesalahan , cepat-cepat mengaku kesalahan anda dan memint maaf sebelum pasangan anda naik angin gila .  Mengaku kesalahan adalah benda paling mulia dilakukan , jika si dia nak marah lagi , sekurang-kurangnya anda berlaku jujur dengan perhubungan anda.


6. Jangan Katakan “Aku benci Kamu” or "I hate You". 
Apa pun yang Anda rasakan saat bertengkar, jangan pernah sekali pun mengeluarkan ungkapan benci. Apalagi jika sebenarnya Anda tidak bermaksud seperti yang Anda katakan. Ungkapan seperti, “Aku benci kalau kamu bersikap seperti itu”, akan lebih enak didengar dibandingkan “Aku benci padamu”.


7. Jika keadaan semakin tegang, apa yg anda perlu buat adalah BERSERAH JE LA.. 
Mungkin memang hari tu adalah takdir anda untuk dimarahi seseorang. Bila anda berserah, jangan lupa baca ayat Al-Quran surah 4 kul, dan hembuskan ke muka pasangan anda. Nescaya dengan izin ALLAH, marahnya akan berkurangan sekejap sahaja.



p/s : Harap dengan 7 tips yangDilla bagi kat atas ni sedikit sebanyak dapat membantu hubungan korang ye . HEHE . Chowww~

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

10 Hadiah Yang Sering Dilupakan Untuk Orang Tersayang


Ehemm . Bunga , cincin , perfume , kasut atau apa saja material yang boleh dijadikan hadiah sudah tentu pernah korang terima sebagai hadiah pemberian daripada si dia yang tersayang kan . *Opps ! Nampak semua tu tak memadai . Sebenarnya , ada beberapa hadiah lagi yang si dia lupa untuk bagi kat korang . Apa benda tu ? Jom terjahhhh ...


:heart:  Hadiah Mendengar
Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan dan korang hendaklah benar-2 mendengar apa yang dikatakan . Jangan mencelah , jangan berangan dan jangan merancang bagaimana korang nak membalasnya . Jika selama ni , si dia banyak bercerita dan kamu seorang pendengar yang setia , si dia terlupa untuk memberikan korang hadiah tu .


:heart:  Hadiah Sehelai Nota
Ia mungkin ringkas seperti 'Saya Sayang Awak' atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi .  Letakkan nota-nota ini ditempat yang tak disangka oleh orang yang dikasihi .


:heart:  Hadiah Ketawa
Berikan sesuatu yang melucuka seperti gambar kartun atau artikel . Mesejnya ialah , " saya suka ketawa bersama awak !"


:heart:  Hadiah Puji-pujian
Sesuatu yang ringkas seperti " warna pink memang sesuai dengan awak"  atau "Sedap betul masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia kurang keyakinan diri . Oleh itu , jangan hanya mahu dipuji . Cubalah puji si dia juga :)


:heart:  Hadiah Bantuan
Siapa yang akan datang menolong jika korang ditimpa masalah ? Siapakah ang bermain diminda korang saat korang memerlukan pertolongan ? Pertolongan seperti membaiki kereta korang di saat sedang rosak , bawa ke klinik saat korang sakit , hulurkan wang ringgit saat korang susah , sangat membantu dalam sesebuah perhubungan . Jika tiada semua tu , si dia nampaknya sudah terlupa .


:heart:  Hadiah Bersendirian
Ada pasangan yang sentiasa mahu berkepit 24jam . Ada pula yang sering mahu berada di sisi walaupun tidak memintanya . Ada ketika kita hanya mahu bersendirian . Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendirian .


:heart:  Hadiah Keceriaan
Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria bersama orang-orang yang dikasihi . Berikan dia senyumana yang boleh diukir dengan ikhlas dan buatlah si dia ketawa dengan sikap 'sense of humor' korang..


:heart:  Hadiah Doa
Hadiah inilah yang sering dilupakan . Selalulah berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu si dia yang dirinya sentiasa berada di dalam doa kita . Pasti sejuk hati si dia mendengarnya . Biar pun tiada harta bernilai ratusan ringgit namun dengan bingkisan doa ini segala urusan harian dapat dipermudahkan ;)



** Huhu . Suka hadiah yang terakhir :)


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Rahsia Lelaki | Err ... Saya Tak Ada Duitlah !




 Ok . Dalam sesebuah perhubungan ada masa , lelaki ni akan berubah kelakuannya . Tapi  , janganlah risau . Itu bukanlah tanda yang si dia ada orang lain . Sebab mengapa si dia berkelakuan berubah secara drastik adalah kerana masalah kewangan ! Biasanya , bab-bab duit ni lelaki memang sensatif .


Kat bawah ni ,Dilla akan bongkarkan rahsia besar kaum Adam dan pandai-pandailah korang baca rentak mereka . huhu ~


"Hai Sayang .. Dah makan ? dah minum ? "  
Si dia hanya rajin menghantar SMS sahaja walaupun bertanyakan soalan-2 remeh . Jika tidak  , telefon korang akan sentiasa berdering . Ayat yang bebunyi seperti ini tentunya akan terkeluar dalam perbualan .. " SMS kan lebih bermakna .. Tahan lama..." . Eleh . Tak de duit leteww -.-

" Saya dah janji dengan family"  
Secara tiba-tiba terutamanya apabila tiba hujung minggu , si dia lebih gemar menghabiskan masa dengan keluarganya atau member-memer daripada keluar bersama korang . Walaupun dah macam-macam cara korang cuba dan mengheret diorang untuk keluar , si dia tetap tak mahu juga.

" Nak shopping ? Tak nak lah "  
Alasan 'lain kalilah' cukup sinonim dengan situasi sebegini . Si dia semestinya kelihatan tidak tenang , bermacam pula alasan yang akan keluar daripada mulutnya apabila kkorang mengajaknya . Kemingkinan si dia takut jika korang memintanya untuk membeli sesuatu .

" Selamat UlangTahun! Hadiah tak ada. Sorry sangat ! "
Pernah jadi macam ni tak ? hekk . Bila tiba hari-hari istimewa seperti ulangtahun korang berdua atau hari jadi , si dia hanya melafazkan ucapan tanpa memberi sebarang hadiah. Alasannya si dia belum jumpa hadiah yang betul-2 sesuai dengan korang . Ehem . Padahal , memang time tu , diorang ni tak de duit . Paham-paham lah ye :) 

" Asyik McD je.. Kedai mamak lah pulak "
Kebiasaanya dia akan mempelawa korang untuk makan di restoran atau di kedai makan esklusif . Tetapi kali ini dia membawa korang ke gerai yang murah pulak . Mungkin korang tak kisah . Tapi , time tu mesti korang rasa pelikkan ?

" Tengok DVD je lah . Sama je kan ? "
Kini , menonton filem di rumah pulak menjadi kesukaannya . Setiap kali diaajak menonton wayang , pelawaan korang tu tentu ditolak .  Kononnya dia lebih suka tengok baring-baring dan bersantai masa tonton DVD . Faham-2 lah ye kenapa dia tetiba je berubah angin :)

" Saya penatlah awak"
Selalunya selepas menjemput korang , di mesti akan singgah untuk makan malam sebelum menghantar korang pulang ke rumah . Alasannya nak berehat kerana penat . Senang cerita 'penat' tuh merupakan kata ganti untuk 'tiada duit' .

" Lapar ye ? Saya boleh temankan "
Bila dia mula keluarkan ayat keramat tuh , " temankan " . tandanya dia tak ada cukup duit untuk belanja korang makan  . Jika korang masik mengajaknya makan , dia akan memberi jawapan : " Saya kenyang lagi , tadi makan dah . Saya teman awak makan je lah " ..


HEHE . Korang mesti pernahkan jadi kes-kes begini . Kalau BF or suami korang jadi mengeluarkan ayat-ayat macam ni .. Korang faham-fahamlah yang diorang ni time tu , tak ada duit . So , jangan lah paksa diorang nak pergi sana-sini . HAHA . 


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by paandill